Monday, March 30, 2009

Siapa Lebih Setia?

KESETIAAN - begitu senang diungkapkan tetapi amat sukar untuk dikekalkan. Dalam kehidupan manusia, kesetiaan dituntut dalam setiap detik nafas. Tanpa kesetiaan manusia tak bisa hidup aman dan sejahtera. Namun, kesetiaan itu sendiri seperti begitu tercabar bagi mengekalkan sifatnya. Lantas, ribuan manusia menangis saban hari kerana kesetiaan yang hilang.

CINTA tidak mungkin berjaya menginjak kaki ke alam PERKAHWINAN tanpa kesetiaan. Kesetiaan adalah nadi percintaan. Betapa hebat sekalipun cinta tersebut, tanpa kesetiaan, semuanya kosong dan bakal tinggal kenangan.

Kesetiaan tidak berakhir di alam percintaan kerana alam perkahwinan juga menuntut kesetiaan. Malahan kesetiaan alam perkahwinan lebih mencabar daripada alam percintaan.

Sewaktu bercinta - madu masih manis - tetapi selepas berkahwin madu mungkin basi dan masam, maka kesetiaan pun mula tergugat. Kesetiaan yang tergugat sangat sukar dikembalikan. Oleh itu, peliharalah kesetiaan agar sentiasa segar dan tidak tercalar.

Siapa lebih setia antara lelaki dan perempuan? Satu pertanyaan yang tidak pernah dimuktamadkan jawapannya. Lelaki mungkin berkata - perempaun tidak setia. Manakala perempuan pula berkata - lelaki tidak setia. Sebenarnya, semua lelaki dan perempuan yang bercinta ada kemungkinan tidak setia. Sekadar kemungkinan, bukan satu tuduhan. Ramai lelaki mahupun perempuan yang setia kepada cintanya.

Dalam sejarah percintaan manusia, tidak ada siapa yang tahu sama ada lelaki atau perempuan yang lebih ramai tidak setia. Secara luaran, kita barangkali mengakui bahawa lelaki mudah hilang setia kerana sesetengah budaya membenarkan lelaki berkongsi cinta. Namun, secara dalamannya, perempuan juga sering tidak setia kepada pasangannya.

Tetapi yang pasti kesetiaan sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Tanpa kesetiaan, cinta tidak bisa dinamakan cinta lagi!









3 comments:

Indera said...

ye..
kesetiaan tuh adakalanya sukar.
tapi boleh kalau nak buat.

Pok Li said...

Tanpa kesetiaan tiada lagi keharmoniaan.

Desbil said...

Dalam hati ada kesetiaan tapi masih lakukan perkara yang boleh memperlihatkan ketidak setiaan...mulut kata nak, hati kata tak nak begitulah sebaliknya...