Sebening pagi sesejuk embun
Demikianlah cinta yang terukir penuh dengan keindahan
Sampai bila aku pun tak tahu
Namun setiap detik dan waktu cintaku padamu semakin memuncak
Merentasi sudut hati yang penuh dengan kerinduan
Kerinduan akan cinta yang jauh terpisah oleh Laut Cina Selatan
Desiran ombak diwaktu petang
Hembusan dingin angin pantai mengajak aku kembali kepadamu
Kenangan silam yang pahit lantas terlupa kerana kehadiranmu
Tiada lagi bayangan silam yang merobek hati yang amat menyakitkan
Kita bersama pernah lalui kekecewaan itu
Namun kini kita bahagia melayari percintaan yang amat mengasyikkan
Sepasang kekasih kini dilamun keindahan yang pasti sangat mengasyikkan
Saat bahagia ini akan ku nantikan bersama dengan satu harapan
Harapan agar sampai waktunya cinta ini akan ke puncaknya
Dan terus berada di puncak sehingga ke ahkir hayat
Akan ku nantikan saat itu.
4 comments:
salam hangat dari indonesia,
semoga blog ini makin bagus,
kunjungi juga blog saya
Hanya yg melayarinya saja mengerti betapa indahnya cinta itu, betapa peritnya cinta itu..aku salah satu dari insan itu..semoga cinta kekal ke hayat...
Cinta sememangnya indah semasa mengecapi kebahagian dan sangat menyakitkan jika terluka oleh cinta. Hampir semua manusia pernah bahagia dan kecewa dalam percintaan namun hakikat perlu diterima bahawa setiap percintaan tak semestinya berahkir dengan perkahwinan malah selepas kawin pun tak semestinya cinta itu berkekalan. Apa yang penting semai dan sirami lah cinta dengan KESETIAAN, KEJUJURAN dan KEIKHLASAN, nescaya cinta akan kekal hingga kehujung nyawa.
Selamat bercinta dan mencintai!
Sungguh indah sajak ini. Anda seorang yang kreatif dan penuh dengan ide.
Post a Comment