Novel Seorang Tua Di Kaki Gunung mengisahkan seorang tua yang bertarung nyawa di kaki bukit. Novel Old Man and The Sea mengutarakan seorang tua yang bergadai nyawa di laut. Novel Pawang Kri menyingkap kehidupan seorang pawang tua menangkap buaya di sungai. Aku bukan mahu apresiasi karya sastera tersohor ini. Aku sekadar ingin melontarkan pandangan tentang dunia orang tua.
Semua orang akan menjadi tua. Kita semua sedang dalam perjalanan ke hari tua. Dunia orang tua begitu kompleks. Orang muda tidak akan memahami orang tua. Namun, orang tua boleh memahami orang muda kerana sebelum tua mereka pernah muda. Walau bagaimanapun nasihat orang tua bukan semua didengar dan dipatuhi orang muda.
Pengalaman orang tua yang terkandung dalam ungkapan "aku makan garam terlebih dahulu" kurang diberikan perhatian oleh orang muda. Malah dengan sindiran orang muda selalu berkata "garam dahulu dengan garam sekarang tak sama, Pak!" Soal siapa lebih dahulu makan garam selalu juga menusuk telinga aku apabila berlaku perselisihan pendapat dengan orang tua - nenek aku!
Kerana masa makan garam tidak sama waktu, maka pendapat orang tua dan orang muda sering bercanggah. Pemikiran, citarasa, percakapan, perlakuan, makanan dan sebagainya bagi orang tua berbeza dengan orang muda. Orang tua lebih penyabar. Orang muda berdarah panas. Orang muda apabila hati sudah berkata "aku nak" maka dia akan berusaha mendapatkannya dengan segera. Tetapi apabila hati berkata "aku tak nak" orang muda akan berusaha menolaknya dengan serta merta.
Orang tua lain. Sama ada "aku nak" atau "aku tak nak" orang tua akan menghadapinya dengan sebaik mungkin. Perbezaan antara "aku nak" dengan "aku tak nak" kurang menonjol. Orang tua apabila menerima sesuatu menerima dengan tenang. Apabila menolak sesuatu, menolak dengan tenang juga.
Orang muda apabila dapat artis jelita, diterimanya dengan riang ria. Apabila sudah dibencinya terus dilafazkan talak. Orang tua mana ada. Paling kuat marah pun setakat tidur berpusing belakang. Talak jarang berlaku. Orang tua tidak suka memberikan hadiah talak kepada bininya.
Dalam soal bercinta pun sama. Orang tua bercinta? Ramai orang tua dilamun cinta tetapi orang muda apa tahu. Rahsia cinta orang tua lebih rahsia daripada tempat persembunyian harta karun. Cinta orang tua tersangat indah walaupun orang muda menggelarnya "cinta di hujujng keranda". Orang muda memang celupar apabila berbicara tentang orang tua. Tetapi sekiranya orang muda ada akal, mereka pasti malu apabila mendapat tahu bahawa terdapat orang tua berumur 80 tahun tetapi masih mampu memberi kebahagiaan zahir dan batin kepada pasangannya. Ini mesti diberikan tabik hormat oleh orang muda. Cinta di hujung keranda itu tersangat hebat. Orang muda harus sedar tentang hakikat ini.
Namun, keindahan cinta orang tua sedikit terjejas apabila pasangannya terlalu muda. Telah dikatakan tadi bahawa pemikiran, citarasa dan kehendak orang tua berbeza dengan orang muda. Dalam soal percintaan pun tidak terkecuali. Maka akibat perbezaan tersebut, cinta orang tua selalu mengelirukan pasangannya yang muda. Betapa dia cuba meyakinkan pasangannya yang muda lagi jelita bahawa cintanya setia, tulus dan ikhlas, tetapi gagal. Maklumlah orang tua entah akan mati esok lusa. Cinta setulus mana pun apabila tuannya telah masuk keranda, hilanglah semuanya.
Jadi, kepada orang muda apabila hendak bercinta pilih yang sebaya. Bukan tidak boleh bercinta dengan orang tua. Ramai pasangan tua -muda hidup bahagia. Tetapi kalau kita tidak dapat menerima pemikiran, mentaliti dan kasih sayang orang tua yang tentunya berlainan dengan orang muda lebih baik menarik diri kerana ia akan melukakan hati orang tua.
Walaupun orang tua dan orang muda berbeza dalam banyak segi, namun kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Gabungan pemikiran dan tenaga tua dan muda adalah penentu kesinambungan tamadun manusia.
Hormati dan hargailah orang tua kerana yang muda hari ini akan tua hari esok.

7 comments:
Orang tua selalunya lebih memahami dan penuh dengan kasih sayang.pemikiran orang muda tak seharusnya dilayan kerana yang tua juga pernah jadi muda.saling memahami akan melahirkan satu chemistry yang kukuh dalam diri masing masing.lihat saja ibubapa kita.
orang muda memang tidak tahu menghargai..
Bestnyer bercinta dengan orang tua. Orang tua banyak pengalaman lagi pandai ambil hati.
Bercinta dengan orang tua tak apa tapi kene ingat..tak baik musnahkan mahligai orang lain.
Cinta orang muda atau cinta remaja adalah cinta monyet.
Terpandang di mata..terjatuh ke hati.."Cherk pup rak pap".
Bersifat keanak-anakan..!
Cinta seorang tua adalah cinta sejati..
Cinta yang tak perlukan balasan cinta sepenuhnya.
Sekadar..disayangi..dihormati..difahami.. ditemani dan di jagai dikala sakit.
Cinta sejati dan abadi ke akhir hayat.
Ada benar rasanya Lo Mo so kata tu, Orang tua selalu akan kata..cinta sejati dan abadi hingga ke ahkir hayat. Tahu tak kenapa? sebab usia dah SENJA mana ada lagi chance nak bercinta cintaan dan pasang cawangan cinta sana sini. Kejadiannya kenalah guna istilah " cinta sejati dan abadi" ngeh ngeh
Saudar* Desbil,
Bagi saya peluang untuk bercinta, mencintai dan di cintai tidak ada had titik noktahnya.Tidak ada cawangannya kerana cinta sejati dan abadi cuma satu.
Mungkin 'dalam kehidupan ini" tidak berapa sempurna kerana perbezaan jurang umur, tetapi klu cintanya tidak dinodai, ia cinta sejati abadi dan berkekalan ke akhir hayat akan di ketemukan lagi dengan sempurnanya di "kehidupan hadapan".
Ini cuma pendapat saya mengikut fahaman kepercayaan agama saya..
Desbil usahlah serious..bertenang, mungkin bertentangan dg fahaman anda.!
Tuan blogger..apa pendapat tuan?
Dear Lo Mo So
Desbil tak serious membincangkan ini dari segi fahaman.Desbil lebih suka berbincang dari segi buah fikiran sendiri berdasarkan pemerhatian. Apa pun pendapat Lo Mo So mengikut fahaman amat desbil kagumi.
Secara peribadi, perbezaan umur bukan lah penghalang untuk saling mencintai sebab ia melibatkan dua perasaan. CINTA adalah sempurna walaupun jarak umur yang jauh berbeza. cinta tak mengenal usia!.
Tanya Mulut,mulut boleh berkata bohong, tapi jika tanya hati, hati tak akan mampu berbuat demikian.
Maaf tuan blogger peminat blog tuan bersembang di sini... he he he
Post a Comment