Thursday, September 18, 2008

Perempuan, Oh Perempuan!

Ketika aku hampir di simpang tiga Jalan Perkasa - Taman Maluri, sebuah kereta MYVI pantas keluar dari simpang dan memotong depan aku. Aku membrek sehingga kedengaran jeritan tayar Goodyear kwek kwekkkk. Aku mengucap panjang. Nasib baik tidak cium buntut dia.

Aku menekan pedal minyak, menjenguk muka, memang sudah dijangka - perempuan muda duduk selamba di depan stering. Dia buat muka tak kisah saja. Mungkin dia tak kisah pun kerana aku yang terkejut sehingga terkecut telur bukan dia. Ini bukan kali pertama. Pemandu perempuan suka keluar simpang tanpa memandang kanan. Dia rasa nak keluar, dia keluar tak peduli orang lain. Fikir ikut syok sendiri, orang lain peduli apa. Atau mungkin dia menjangka bahawa pemandu lelaki akan beri laluan dia dulu - "lady first". Jangan perasan saudari. "Lady first" kena tengok tempat juga.

Ketika hendak menukar lorong - masuk lorong dan keluar lorong, perempuan suka menunjukkan perangai kurang sabar. Kalau kita mahu selit depan dia, haram jadah dia tak bagi. Tetapi masa dia hendak masuk lorong kita, tak kira ada signal atau tidak, dia main redah buta sehingga kita terpaksa menekan brek untuk mengelakkan pergeseran. Dia betul-betul mahu menuntut hak "femininnya" - lelaki mesti mengalah kepada perempuan. Sayang ooi, di jalan raya istilah kalah atau menang tak ada, melainkan pelumba haram.

Itu kira perempuan berani. Perempuan takut lain pula ceritanya. Adakah patut dia bawa dengan kelajuan 80 km/j di lebuh raya. Kalau lorong kiri boleh dimaafkan, tetapi ini di lorong tengah. Kalau bas laju datang pasti berbahaya. Gejala langgar buntut berpunca daripada pandu perlahan di lorong yang tidak sesuai. Secantik mana pun buntut kalau dilanggar bas, kemek dan hiruk pikuk jadinya.

Pemandu lelaki lain sekali. Tidak gopoh keluar simpang, masuk cabang. Malah tenang dan berhati-hati setiap kali menukar lorong - masuk lorong, keluar lorong. Berikan lampu isyarat tik-tak tik-tak, bila kereta di tepi sudah betul-betul bersedia, barulah dia perlahan-lahan julurkan kepala, masuk lorong baru. Kemudian angkat tangan tanda terima kasih.

Di lebuh raya juga sama. Tidak ada pemandu lelaki memandu kelajuan 80 km/j di lorong tengah kerana mereka takut kena langgar belakang. Pemandu lelaki tahu di mana hendak pakai gear rendah, di mana sesuai pakai gear tinggi. Asyik dengan gear yang sama saja tak boleh. Kesian kereta. Perempuan lain, tukar gear pun kadang-kadang malas. Nasib baik sekarang ada kereta auto. Selamat kereta.

Ini sekadar contoh. Bukan semua pemandu perempuan seperti yang digambarkan di atas. Ramai pemandu perempuan yang cekap dan berhemah. Tetapi KEBANYAKANNYA memang gemar dengan "lady first" dan "lelaki mesti mengalah". Jalan raya bukan seperti di dalam kelambu!

Jangan marah, nanti muka cepat berkedut!

6 comments:

Anonymous said...

salam singgah..
hehee..ye ke sume pemandu perempuan gitu..
tapi kl ia pun begitu...perlahan kerana berhati2...perempuan lebih teliti bab2 ni bukan main tekan je minyak..

kalau kuar simpang tak tengok kiri kanan..sekadar menguji kaum lelaki..kl lelaki tu gentleman sure laluan diberi kan...
takkan masa bcinta je baru lady first...ekkekee

Atiey MN said...

suka ayat ni...

Ini sekadar contoh. Bukan semua pemandu perempuan seperti yang digambarkan di atas. Ramai pemandu perempuan yang cekap dan berhemah.

ekekeke

Unknown said...

perempuan dan kereta.lelaki dan kereta.sama aja.....tapi itu hari kat KL tengok perempuan maki lelaki.....

Prasert Chaipradit said...

maki-memaki antara pemandu perkara biasa di KL

ixora said...

tp bukan semua perempuan lah kan...?
huhu...sbb xora tak pandai bw kereta...kereta sorong bleh la...xde signal pon...wahaha..=)

btw, salam kenal..thnks singgah blog Xora...

Prasert Chaipradit said...

xora, kereta sorong pun mesti pandai sorong. silap sorong masuk longkang.