Friday, October 23, 2009

Penyakit Paling Berbahaya


Manusia Malaysia kini ada satu penyakit yang sukar diubati. Penyakit ini tidak membunuh tetapi lebih berbahaya daripada kanser payu dara, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis atau HIV Aids kesan kesan sampingannya menggerunkan. Manusia akan jadi bodoh, dungu, dan fikiran membeku akibat penyakit ini. Kalau tidak diubati penyakit ini akan merebak dan menjadi penyakit berjangkit dari generasi ke generasi.


Penyakit yang dimaksudkan ialah penyakit malas membaca. Penyakit ini bakal membawa rakyat Malaysia mundur ke belakang.


Dalam setahun, berapa buah buku anda baca? Kalau anda membaca 5 buah buku setahun, bermakna anda lebih rajin daripada mahasiswa.


Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Media, Universiti Malaya, mahasiswa Malaysia hanya membaca 4 buah buku setahun.


Sedangkan mahasiswa Australia membaca 180 buah buku setahun, India (130), Indonesia (94), Thailand (56) dan Brunei (26).


Patutlah rakyat kita mudah percaya khabar angin, berita kelentong, maklumat omong, dan mudah pula diperkotak-katikkan fikirannya.


Penyakit malas membaca ini selain berbahaya, amat memalukan jiran tetangga.


5 comments:

YoshaMaDa said...

SalaAm..

Kenyataan yang sangat menyakitkan hati dan perasaan. Pelik, bukan, bila mahasiswa kita membaca tidak lebih dari 4 buah buku setahun? Apa yang mereka lakukan untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan kuliah? Pastinya lebih mudah melayari internet dan memplagiat. Lama kelamaan hancurlah anak bangsa kita kalau gejala ini tidak dibendung.

(Untuk mahasiswa yang lalu-lalang)

Dengar itu, mahasiswa? Kalian pewaris negara ini. Pewaris amanah bangsa. Jangan kerana sikap kamu yang malas membuka buku, maka kamu binasa. Hancurlah seluruh impian Tun Hussein, Tunku dan para pejuang bangsa yang lain andainya dirimu gagal mempertahankan negara yang kian berkurang kemakmurannya ini.

Pok Li said...

Ramai yang suka baca komik dan mangga.

Kita sudah semakin malas

imHepPie said...

aku sentiasa mngalami saket nih tyme nak exam je pnyakit nih ilang

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Salam, saya suka tulisan ini. Mohon untuk dipetik nanti ke laman CELIKHURUF. boleh?

Prasert Chaipradit said...

Sdr Rozlan, silakan! Tulisan dalam blog saya bebas diambil untuk kebaikan.