Tuesday, October 20, 2009

Manusia Makhluk Istimewa Yang Pelik

Makhluk dunia paling bijak ialah manusia. Makhluk dunia paling sempurna ialah manusia. Makhluk dunia paling licik ialah manusia. Makhluk dunia paling berhelah ialah manusia. Boleh dikatakan manusia ialah makhluk dunia yang paling istimewa dalam segala segi.

Namun, manusia makhluk istimewa yang pelik. Manusia suka buat benda yang pelik-pelik. Masakan tidak pelik. Ramai manusia yang cakap lain, tetapi bikin lain. Janji lain, tunai lain. Minta lain, ambil lain. Cinta lain, kahwin lain. Isteri sendiri comel molek ada di rumah, pergi suka isteri orang. Suami sendiri gagah perkasa, pergi cinta suami sahabat sendiri. Perkara pelik sebegini tidak berlaku pada gajah, kuda, harimau, ular, malahan lalat kepala hijau pun tidak ada perkara sepelik ini. Hanya manusia yang ada benda pelik-pelik. Minum susu pun guna cara yang pelik (gambar).


Ada manusia suka membohongi orang, tetapi tidak suka apabila ada orang membohongi dia.


Ada orang suka berlagak di depan orang, tetapi tidak suka apabila ada orang berlagak di depan dia.


Ada manusia suka mencuri barang orang, tetapi marah apabila barang dia dicuri orang.


Ada manusia yang gemar meminjam barang orang tetapi tidak gemar menghantar balik. Akan tetapi dia membebel-bebel apabila orang lain meminjam barang dia.


Ada manusia belum habis bulan, poket sudah kosong, lalu membisik ke telinga kawan sebelah minta pinjam, tetapi cepat-cepat memberi seribu alasan apabila ada kawan membisik perkara yang sama ke telinganya.


Ada orang suka "menegur" bos, tetapi tidak suka apabila bos "menegur" dia.


Ada orang suka minta orang lain menyiapkan kerjanya, tetapi selalu memberi alasan apabila orang lain minta dia berbuat begitu.


Ada manusia suka merampas pasangan orang tetapi mengamuk apabila pasangan dia dirampas orang.


Ada manusia mahu anak sendiri pandai, tetapi cemburu apabila anak orang lain lebih pandai daripada anaknya.


Ada orang meleleh liur melihat dahi licin anak dara orang tetapi naik geram apabila ada orang menelan liur melihat dahi anak dara dia.


Ada orang suka membuntingkan anak gadis orang, tetapi mengamuk apabila anak gadis dia dibuntingkan orang.


Ada orang pantang melihat isteri orang pasti menjilat bibir, tetapi marah apabila ada orang menjilat bibir melihat isteri dia.


Ada orang rela menjadi madu, tetapi tidak rela dia dimadu.


Ada orang suka rampas tanah adik-beradik sendiri, tetapi berdendam apabila adik-beradik dia merampas tanahnya.


Ada orang selalu melayan orang lain dengan tidak baik, tetapi marah apabila orang lain melayan dia dengan tidak sopan.


Ada orang suka bercakap kasar kepada orang lain, tetapi benci apabila ada orang lain bercakap kasar kepada dia.


Kalau hendak disenaraikan kesemua "kepelikan" menulis sehari suntuk pun tidak habis. Kesimpulannya, manusia ialah makhluk dunia paling istimewa yang pelik.





5 comments:

kakcikseroja said...

manusia memang pelik! sebab apa yang dibuatnya menarik orang lain untuk memperhatikan... Kalau haiwan yang buat tak jadi pelik, sebab namanya pun haiwan...

(entah apa-apa yang kakcik taip ni... memang pelik.... sendiri taip sendiri tak faham..) :)

Prasert E.C. said...

Betul tu kakcik, apa yang manusia buat selalu mendapat perhatian manusia lain. Sebaliknya apa yang dibuat oleh haiwan tak mendapat perhatian haiwan lain.

sis said...

itulah Tuhan dah sebut..manusia adalah kejadian terbaik kerana dikurniakan akal..tapi manusia jugalah yang akan memusnahkan dunia..

orang kota said...

Manusia ada akal tapi selaku digunakan ke arah kejahatan. Sebuas-buas harimau, berapa orang dibahamnya dalam setahun. Sebaik-baik manusia berapa ramai manusia dan haiwan yang dimangsakan dalam sehari.

Anonymous said...

Salam..
manusia tak kan jadi pelik kalau dia ingat sapa tuhan dia,rasulnya dan kitabnya