Apabila kita beli pakaian baru, ada orang memuji pakaian kita cantik, kita akan berasa seronok dan gembira. Apabila kita memakainya ke pejabat, orang memuji lagi, kita bertambah gembira. Satu kepuasan menjelma di lubuk hati.
Apabila kita memasak, orang yang memakan masakan kita memuji masakan kita sedap, nombor satu dan tidak mungkin dapat dilupakan, kembang hati kita dibuatnya. Sekuntum senyuman manis terukir di bibir.
Apabila kita membuat bekerja, orang memuji hasil kerja kita bagus, siap mengikut tempoh masa, rapi dan kemas, semestinya membanggakan kita. Kerja dia yang tertangguh mungkin sanggup kita siapkan kerana pujian tersebut.
Apabila kita bercakap, orang memuji kita tinggi budi bahasa, sopan budi pekerti, pastinya amat membanggakan kita. Apabila kita berjalan, orang memuji menariknya lengguk pinggul kita, suka hati sekali kita mendengarnya. Apabila kita senyum, orang memuji senyuman kita manis bak madu, seminggu kita tidak dapat melupakan orang itu.
Pendek kata semua ungkapan yang keluar dari mulut orang yang memuji kita akan melahirkan satu kebanggaan, keseronakan, dan kegembiraan yang mendalam di hati kita. Akan tetapi kita harus beringat, pujian yang menggunung bisa merebahkan kita.
Sebenarnya kita hidup untuk diri sendiri atau untuk orang lain?
11 comments:
Terasa lah...tak ikhlas lah tu kot..
Ini cerita tak ada kaitan dengan foto cun tu ... yang tu ikhlas, betul-betul ikhlas!
HAHAHAHA...Perasan..masuk lift tekan sendiri...
Usik mengusik bawa bahagia. Golongan senior memang pandai ambik hati dengan memuji.Dah ada peminat setia dan semakin ramai peminat blog tuan blogger nampaknya. Tahniah!!.
Dokmai memuji ke?
Mengusik dan memuji.
Biar kita perasan jangan kita memaikan perasaan....
betul2...pujian yg menggunung bisa merebahkan kita...
Ada sesiapa pernah direbahkan oleh pujian?
Never !!! Sbb was2 gak, pujian tu ikhlas ke tak kan...jgn sampai malu pada diri sendiri
puji-puji, pujuk-pujuk, lama-lama sangkut. kah, kah, kah!
Post a Comment