Ketika menelusuri gigi air sambil mendengar syahdu ombak di Pantai Irama, Bachok, Kelantan, aku terdengar seorang kanak-kanak lelaki dengan berani mengucapkan cinta kepada seorang kanak-kanak perempuan sebaya di sisinya:"I love you!"
Kanak-kanak perempuan merah muka, marah dan mengejar kanak-kanak lelaki itu untuk memukulnya.
Aku melihat telatah dua kanak-kanak belasan tahun tersebut dengan senyum. Mengertikah mereka kalimat "I love you" yang dilafazakan? Betapa popularnya kalimat keramat itu sehingga kanak-kanak pun pandai mengucapkannya. Biarkanlah kanak-kanak dengan dumia kekanakannya.
Sekarang kita kembali ke dunia kita - dunia kedewasaan. Betulkah kita sudah dewasa? Berikanlah penilaian kepada diri sendiri. Dewasa atau tidak, usia pasti bertambah setiap tahun. Anehnya, manusia semua peringkat usia, muda atau tua gemar mendengar ungkapan "I love you!" Gembira sekali apabila dapat mendengar ada orng lain, orang yang kita sayangi membisik ke telinga kita, "I love you!" Betapa hebatnya kata-kata ini.
Tetapi persoalannya, berapa ramai antara kita yang benar-benar mengerti erti tersirat di sebalik kalimat I love you? Atau sekadar melafazkannya sesuka hati mengikut apa yang dilihat dalam filem?
Aku termasuk di dalam manusia yang buta pengertian "I love you". Sewaktu muda dahulu - usia awal 20-an - aku pernah mengucapkan "I love you!" kepada seorang gadis. Aku serius, tetapi malangnya ditertawakan oleh gadis berpipi mongel itu. Aku dimalukan oleh seorang gadis sebayaku, tetapi jauh lebih matang. Bukan dia menolak "I love you" aku, tetapi dia ingin tahu sama ada aku mengerti apa yang aku katakan kepadanya.
Aku tersipu malu. Bayangkan betapa bodohnya aku ketika itu. Aku memang betul-betul terpikat kepada dia. Tetapi kami baru berkenalan selama 3 hari, aku sudah melamar cintanya, sebab itulah dia minta penjelasan tentang makna cintaku.
"Baru 3 hari kita kenal, kau kata I love you padaku! Jangan takutkan aku!" katanya selamba sambil tersenyum mengejek aku. "Tunggulah beberapa bulan lagi, kau kembali dengan 'I love you' kau, dan aku akan balas dengan 'I love you' aku pula!"
Malangnya kami tak pernah jumpa selepas itu. Ungkapan "I love you" merupakan ungkapan yang paling bernilai dan sangat dihargai oleh semua manusia, terutama mereka yang sedang dilamun cinta. Semua orang suka mendegarnya. Tetapi harus diketahui, jangan gopoh mengucapkannya. Kalau boleh ucapkan kata-kata perkenalan atau persahabtan lain terlebih dahulu, barulah "I love you". Tunggu sehingga si dia betul-betul ada hati dengan kita. Pengucapan yang tidak sesuai dengan masa dan keadaan akan menyebabkan "I love you" menjadi 'I hate you".
Jangan mengulangi kesilapan aku. Seorang gadis tidak suka kepada sesuatu yang dilakukan secara gopoh - menerjah secara kasar tidak disukai oleh gadis, malah dibencinya walaupun dia sendiri ketika itu begitu rindu mahu mendengar kata-kata "I love you" daripada seorang jejaka. Yang penting anda mesti ikhlas mengucapkannya.
Pengucapan I LOVE YOU yang sesuai dengan masa dan keadaan menjadi penentuan PENCINTAAN anda!
9 comments:
"I Love You" juga harus dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan benar2 dimasksudkan. Bukan disebabkan 'ada udang di sebalik batu'.
Betu tu Cinta, I love you mesti ikhlas. Tapi banyak juga yang ada udang di sebalik batu. Kata orang, cinta sejati mesti dibuktikan dengan perlakuan kasih sayang, bukan sekadar mainan lidah tak bertulang.
Saudari Cinta ni tentu banyak pengalaman bercinta sebab itulah pilih nama Cinta?
Nak kata banyak pengalaman bercinta memang kurang sangat2. Tapi selalu TERLUKA kerana cinta. Pilih nama Cinta bkn sbb cinta antara lelaki dan wanita, tetapi cinta pada sesama manusia dan seluruh alam.
Eh-eh, tajam juga cinta ni sehingga melukan Cinta. Penjelasan tentang CINTA yang cukup menarik - cinta kepada Tuhan, cinta sesama manusia dan alam sekitar. Itulah keagungan cinta!
"I love U". Saya belum pernah mengucapkannya :). Benarkah atau saya dah terlupa he he he
Saya akan mengucapkan kata2
"I LOVE YOU" pada insan2 yang amat saya sayangi...bukan semestinya dari saya kepada seorg lelaki...."I LOVE YOU " bagi saya adalah satu cara saya menunjukkan pada seseorg yang saya amat sayangkan dia... seseorg itu meliputi mak, ayah, adik beradik dan kawan2...atau teman lelaki biasa mahu pun yang istimewa...terpulanglah pada org untuk menilainya...saya akan menyayangi org2 yang menyayangi saya walaupun tidak ada unsur cinta...sayang tak semestinya cinta...tapi cinta semestinya sayang...
I Love You kepada semua pembaca blog saya!
"I LOVE YOU" too aka SAYA SAYANG AWAK JUGA Mongkut...Ini sebagai tanda terimakasih saya pada mongkut kerana menyediakan bahan cerita yang amat menarik dalam blog ini untuk renungan bersama pembaca yang lain.......
I LOVE U ALL!!!
Post a Comment