Wednesday, October 29, 2008

Cerita Curang

Dalam banyak-banyak hak persamaan yang dituntut wanita ke atas lelaki, hanya satu sahaja tuntutan tersebut yang sukar diterima iaitu CURANG. Pernahkah anda mendengar seorang wanita berkata begini kepada suaminya:"Kalau you curang, I juga akan lakukan benda yang sama!"

Saya pernah mendengarnya. Isteri kawan saya pernah mengugut suami kesayangannya bahawa dia akan ikut curang kalau suaminya curang kepadanya. Ugutan begitu biarpun separuh bergurau tetapi boleh menyebabkan seorang suami yang berfikir hendak bermain kayu tiga tidur tidak lena. Malah isteri yang curang semakin hari semakin ramai terutama di kalangan masyarakat kota yang moden.

Cerita curang ini bukan cerita baru, tetapi cerita lama yang diolah semula. Cerita curang umpama karya klasik yang tidak hilang nilainya.

Ramai lelaki yang curang tetapi tidak ramai yang boleh terima hakikat bahawa isteri juga "ada hak" untuk curang sebagai balasan kepada perbuatan suami. Untuk membayangkan seorang isteri yang curang pun tidak terdaya, apatah lagi menerima hakikatnya. Lelaki begitu bangga apabila berkepit dengan perempuan muda lain, tetapi merasa amat terhina apabila melihat isterinya berpeluk lelaki lain. Kenapa begitu? Kerana lelaki terlalu ego sehingga terlupa larangan agama yang melarang suami dan isteri berlaku curang.

Malah yang lebih menyedihkan apabila terdapat sesetengah lelaki menjadikan isteri sebagai alasan dia menjadi curang. Isteri tidak dapat memberikan zuriat, tidak mampu memenuhi keinginan seksnya, tidak pandai mengambil hatinya, tidak tahu melayan suami dan bermacam-macam alasan. Kelemahan diri sendiri kerana tidak berupaya mengawal nafsu serakah langsung tidak dijadikan alasan.

Manakala wanita lebih bijak dalam hal curang ini. Mereka tidak menuduh suami walaupun berpunca daripada suami. Wanita yang curang malu apabila diketahui dia isteri orang. Oleh itu, dia lebih suka mengaku tiada suami. Mengaku tiada suami lebih senang cari pasangan kerana kebanyakan lelaki tidak "terima" isteri orang. Lelaki akan bersa bersalahapabila dia tidur dengan isteri orang. Barangkali perasaan itu timbul daripada rasa hormat sesama lelaki yang bergelar suami.

Perbuatan curang dibalas dengan curang tidak pernah dapat selesaikan masalah rumah tangga. Malah akan menambahkan kusut yang sedia ada. Tetapi wanita moden sanggup melakukan apa sahaja atas nama kemodenan termasuk membalas perbuatan curang suaminya dengan perbuatan curang juga. Apakah yang akan terjadi dengan masyarakat kita sekiranya keadaan ini berterusan?

4 comments:

roshaizul said...

yang penting kena saling memahami dan mempercayai serta jujur...

Anonymous said...

Isteri kalau nak curang tak perlu mengaku belum kawin...buat aper mengaku bujang kalau nak berlaku curang pada suami yang curang..cakap saja terus terang da kawin orang laki skrg pun faham dan dah boleh terima curang dengan isteri orang...bagi tau masalah sebenar...kalau nak curang jangan alang2 curang habis2an...buat apa nak balas alang2..nanti dua2 melepas..sekarang orang lelaki pun dah boleh terima isteri curang...sebab dua kali lima mereka sama2 curang..tapi saling mencintai?? atau sekadar memuaskan nafsu... org kata tolong sama tolong...alahai nak hidup katakan...

Lagi satu orang pompuan ni pun ada ego nya tersendiri...kalau cari duit dan bagi makan anak share2 apahal nak seronok suami ajer dan yang menderita isteri...renung2kan lah wahai para suami sebelum nak CURANG!!...

Pok Li said...

Kecurangan berlaku bukan kerana suami atau isteri curang. Tetapi kerana nilai 'takut' kepada Allah itu sudah hilang.

Anonymous said...

bila isteri curang akan dituduh derhaka, bila isteri mintak diampunkan lelaki selalu berkata u tak layak jadi isteri tp bila suami yang curang napa hati isteri terlalu mudah memaafkan padahal apa yg dia buat terlalu susah untuk dimaafkan.