Bunga raya merupakan Bunga Kebangsaan kita. Bunga yang sepatutnya menjadi kebanggaan kita selaku rakyat Malaysia. Tetapi hakikatnya jauh api dari panggang. Kita kurang menghargai bunga ini. Sukar untuk kita melihat bunga ini mekar di laman rumah atau sekitar bangunan kerajaan. Malah di tepi-tepi jalan raya di sekitar Kuala Lumupr juga jarang kelihatan. Sekiranya ada, tumbuhnya bagai terbiar, kurus dan tidak terurus. Keadaannya melarat bagai menumpang di bumi sendiri. Bunganya pula kecil dan warnanya pudar. Kurang zat makanan agaknya.
Semua benda yang bertaraf kebangsaan nampaknya senasib. Bunga Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan, Lagu Kebangsaan, Hari Kebangsaan dan sebagainya kurang dihayati dan dihargai. Malah dipersendakan oleh mereka yang nakal.
Bahasa Kebangsaan semakin hari semakin tenggelam dan semakin rendah tarafnya. Sedikit masa lagi barangkali, martabat Bahasa Kebangsaan hanya hiasan Perlembagaan Persekutuan kerana penggunaannya telah dipinggirkan. Lagu Kebangsaan, Lagu Negaraku dipersendakan oleh rakyat sendiri dengan nyanyian "Negara Ku-ku". Ku-ku dalam bahasa Kantonis mendukung konotasi tidak sopan.
Kebudayaan Kebudayaan lagi teruk. Sampai sekarang ramai yang masih kabur dengan kebudayaan yang diterima sebagai Kebudayaan Kebangsaan. Hari kebangsaan tidak lebih daripada hari masyarkat kota membuat sampah dan melakukan maksiat. Ramai remaja yang datang meraikan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka mengambil kesempatan untuk 'meraikan' benda lain.
Nampaknya bunga raya adalah bunga malang sebagaimana malangnya simpol kebangsaan yang lain!
(Bunga raya di tepi tasik Putrajaya)
2 comments:
Salam .
Di Terengganu iklan dan papan tanda wajib ditulis dalam tulisan jawi. Orang Bukan Melayu majoriti nya ramai yang boleh bertutur dialek Melayu Terengganu. Itupun kerana ramai Melayu. Hanya Bahasa Menunjukkan Bangsa
Persoalannya ramai elit Melayu tak yakin dengan keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
Post a Comment