Sunday, October 19, 2008

Pandang Boleh, Jangan Banding

Seorang kawan bertanya, apabila aku memandang wanita, aku pandang di mana terlebih dahulu? Aku berkata pandang wajahnya. Dia bertanya lagi, selepas memandang wajah di mana pula akan kupandang? Aku tergamam kerana tidak cukup berani untuk menjawab walaupun jawapannya ada. Lelaki lain, aku rasa lebih kurang sama seperti aku, memandang wajah terlebih dahulu barulah mengalihkan pandangan ke tempat yang menjadi tarikan kedua selepas wajah.

Bagaimana dengan wanita? Di mana pandangan pertama wanita pada lelaki? Mungkin wajah, mungkin kaki? Aku rasa wajah yang dipandang duhulu kerana jarang ada orang memandang kaki kemudian wajah kecuali gadis. Di mana pula tempat kedua akan dipandang oleh wanita? Aku perhatikan setiap kali bersembang dengan wanita, mereka ada kecenderungan yang sama. Mereka memilih tempat kedua yang sama untuk dipandang. Dengan curi-curi, ketika lelaki berpandang ke arah lain, wanita akan menjeling ke situ. Lumrah kehidupan. Setiap orang ada daya dan tempat tarikan tersendiri.

Bagaimana apabila lelaki berjalan di belakang wanita, di mana ditumpahkan matanya? Secara jujur aku mengaku bahawa mata lelaki pasti akan tertangkap pada satu tempat yang serupa. Mengapa begitu? kerana itulah tarikan utama wanita apabila dipandang dari belakang. Wanita pula bagaimana apabila berjalan mengekori lelaki? Apa yang dipandangnya?

Aku tidak mahu membicarakan minat lelaki atau wanita dan di mana mereka suka pandang kerana itu hak mereka. Tetapi aku cuma mahu mempertikaikan hak yang ada pada lelaki atau wanita membanding-bandingkan apa yang dipandangnya. Lelaki atau wanita gemar benar membandingkan fizikal - perawakan dan ciri-ciri luaran seseorang dengan orang lain. Malah ada yang sangat celupar. Apabila melihat benda yang tidak indah di hati, terus sosek-sosek dengan kawan di tepi. Apabila ternampak benda yang mengagumkan terus wowah-wowah. Ini tidak sopan dan dikira tidak menghormati peribadi orang lain.

Kita boleh pandang sehingga meleleh air liur pun tidak mengapa tetapi tidak boleh membandingkan dengan orang lain. Setiap orang dianugerahi ciri-ciri fizikal tersendiri yang harus dihormati semua orang. Kenapa kita tak boleh membuat perbandingan? Kerana perbandingan akan melahirkan penghakiman sedangkan bukan kuasa kita menghakimi fizikal sesiapa. Itu anugerah Tuhan. Anugerah Tuhan tidak boleh dipertikaikan sama ada oleh tuan punya tubuh atau orang lain. Mempertikaikan anugerah Tuhan hukumnya berdosa.

Perbandiangan secara diam-diam dalam hati masih boleh diterima, tetapi perbandingan secara terbuka sama sekali dilarang. Belajar hormati dan hargai orang lain!

Bolehkah kita memandang seseorang tanpa membandingkan dengan orang lain?

10 comments:

azza_irah said...

salam.
setuju sgt..pandang kali ptama akan jatuh ke wajah..
pandang kali kedua..? mgkin juga masih di wajah.. :)

mgkin lain org lain pndapatnya..sb lain org lain bntuk fizikal n perwatakannya kan..?

salam ziarah..

Pok Li said...

Selalu kita akan melihat wajah. Kerana wajaha ada lah pusat tarikan. Muka yang berseri lebih mudah untuk kita memulakan komunikasi. Muka yang kurang 'mesra alam' akan menyebabkan orang menjauhkan kita. Tapi kalau muka dah macam tu nak buat cam mane?

mongkut said...

muka limau kasturi walaupun wangi tapi masam

PENDEKAR said...

entah ler aku kalau pandang pompuan aku cuber tengok kakinyer dulu.huh.

muke boleh menipu tapi kaki tak.heh

;-)

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

percaya! memang ada org suka tgk kaki. hahaha, tapi aku pernah dengar org kata..n marah.carilah wanita yang penuh ilmu di DADA! mungkin pandangan kedua ialah...DADA!

Jgn marah arrr

mongkut said...

Aku yakin ramai yang mementingkan wanita berilmu. Jadi, tempat berkumpul ilmulah tempat kedua dipandang.

wanita pula entah di mana tempat kedua dipandangnya?

a^T04 said...

jangan banding...ya...

mongkut said...

Ya juga tak boleh banding!

cinta said...

Ada setengah lelaki suka tgk kaki perempuan. Apa daya tarikan yg ada kat kaki?? Pelik..

mongkut said...

Kaki simpan seribu satu rahsia. Salah satunya buat sup, kalau kaki lembulah, kaki wanita (bukan kaki perempuan) entah boleh buat apa selain untuk berjalan dan menendang suami.