Monday, October 6, 2008

Susahnya Dapat Jodoh

Orang bujang apabila kepala lapang sikit, tiada lain yang diangankan kecuali mencari pasangan. Angan-angan sangat penting kerana semua kejayaan mesti bermula dengan angan-angan. Tetapi janganlah angan-angan Mat Jenin. Angan-angan Mat Jenin hendak kahwin dengan puterri raja memanglah tak masuk akal, malah mustahil sama sekali. Mana boleh orang seperti si Mat Jenin nak peristerikan anak raja. Anak Raja Petra pun belum tentu dapat.

Kita bukan si Mat Jenin. Angan-angan kita bukan nak peluk puteri raja. Kita sekadar mahu nikah manusia biasa, manusia seperti kita tetapi mesti dapat memenuhi citarasa kita. Inilah yang menjadi masalah. Inilah yang menjadi payah. Mencari pasangan yang dapat memenuhi citarasa kita bukan mudah. Semua orang sama ada lelaki atau perempuan ada citarasa masing-masing tentang jodoh idaman hati.

Nak dapat macam dalam cerita P. Ramlee bukan senang - calon isterinya sanggup memisahkan beras dari pasir. Woit, itu ceritalah. Orang mana ada serajin itu!

Cari punya cari, jumpa juga tetapi tidak lengkap syarat. Wajah, saiz, ketinggian dan penampilan sudah dapat memenuhi citarasa kita, tetapi sikapnya pula tidak cukup sopan. Maka terpaksa ditolak. Kekadang kesopanan dan budi bahasanya elok, tetapi ketinggiannya dengan ketinggian kita tidak separas bagai kuda sama kambing. Soal pendidikan, pergaulan, latar belakang keluarga, keturunan, agama, kerjaya dan sebagainya mesti diperhalusi.

Orang bilang kalau terlalu memilih, sampai ke kiamat tidak akan mendapat jodoh. Ini bukan soal memilih, tetapi soal kebahagiaan hidup. Kita mesti mencari pasangan yang serasi dengan kita. Citarasa dapat mewujudkan keserasian dan kebahagiaan.

Kekadang pasangan idaman sudah dapat dicari tetapi bercanggah pula dengan citarasa ibu kita. Bagaimana nak nikah kalau ibu kita asyik memuncung sahaja setiap kali melihat kekasih hati kita. Haru-biru keluarga kita kalau terjadi seperti keluarga Kassim Selamat.

Jadi, soal jodoh jangan terlalu ikut perasaan. Main tangkap muat tak boleh. Kita bukan kahwin untuk hidup sehari dua. Kita mahu kekal sehingga ke anak cucu. Oleh itu, kata sesetengah orang 'cerewet' sikit pasal jodoh tidak mengapa asakan kita bahagia di kemudian hari. Dan sebab 'cerewet' inilah maka ramai terpaksa membujang biarpun rambut putih mula menghiasi kepala.

7 comments:

azlishukri said...

bagus enteri ini, boleh jadi nasihat untuk saya cari jodoh. salam singgah dan selamat hari raya.

Anonymous said...

hehe. jodoh ialah ketentuan ilahi. btw, thanks for visiting my blog..

roshaizul said...

jodoh aku dah ada. tapi duit takde. camna tuh bro? huhuhuhuh

Prasert Chaipradit said...

Masalah duit hendak kahwin boleh dikatakan masalah sejagat kerana orang lain juga ramai yang hadapai masalah begini. Kena ikhtiarkan caranya, kahwin hutang ke, pinjam ke, tapi jangan pinjam ah long sudahlah.He he he.

Anonymous said...

makan dulu baru bayar!

Anonymous said...

mana boleh makan dulu baru bayar kawan nanti susah kalau dah kenyang tak nak bayar pulak!!

Anonymous said...

betul...biar lambat asal bahagia