Thursday, November 13, 2008

Kahwin Lari

Duhulu pasangan yang hendak berkahwin tetapi mendapat halangan dari pihak tertentu akan memilih Thailand sebagai jalan terakhir - kahwin lari. Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla telah mengahwinkan ramai pasangan dari negara kita. Kahwin lari di negara jiran menjadi satu trend yang sohor. Mak bapak tak restu, lari ke Narathiwat dan kahwin di sana. Isteri tua tak izinkan kahwin dara sunti lari ke Yala dan nikah di sana.

Pendek kata, Thailand menjadi pilihan mereka. Mereka tak akan memikirkan jalan lain atau penyelesaian lain. Thailand pilihan yang tepat dan cepat.

Soal nikah kahwin mana boleh dilambat-lambatkan nanti lain pula jadinya. Perkara lain, misalnya menunggu kerja, menunda hutang, atau menempah pakaian boleh bersabar. Tunggu lama sikit tidak mengapa. Tetapi soal nikah kahwin kalau hati sudah berkenan, jiwa sudah menetapkan "aku nak kahwin", maka kesabarannya bagai hilang. Sehari bagai seminggu. Seminggu bagai sebulan. Sebulan bagai bertahun-tahun. Apatah lagi sekiranya kedua-duanya sudah sehati sekata:"Kita mesti kahwin", maka kahwin sahajalah keputusanya. Dalam mata hanya 'kahwin' yang dilihat. Kahwin memang seronok. hidup berdua lebih ceria dari hidup seorang. Tiada kebahagiaan lain selain kebahagiaan berumah tangga - keluarga bahagia.

Orang apabila hati telah dijangkiti penyakit nak kahwin, bagilah nasihat apa pun dia tetap nak kahwin. Mintalah pakar motivasi atau pakar agama berikan nasihat, dia tak mungkin menundakan niatnya nak berumah tangga. Penyakit nak kahwin memang tak makan saman. Sebab itulah berpusu-pusu pasangan pergi ke Thailand untuk berkahwin. Orang muda dengan alasan mudanya. Orang tua dengan alasan tuanya. Manakala suami orang pula ada alasannya sendiri - alasan yang sering kita dengar kerana perkahwinannya dibantah isteri tua:"abang ni tak habis-habis dengan gatai. Pantang nampak anak dara berdahi licin, terliur nak nikah. Abang dah tua bang ooiii!"

Tuduhan biar betul. Kalau abang betu-betul tua abang tak akan ditimpa penyakit angau gila anak dara sunti. Tua abang hanya pada usia semata-mata. Semangat abang mengalahkan anak lelaki sulung yang berusia 25 tahun.

Tetapi itu cerita dahulu. Sekarang pasangan tak boleh nikah lari kerana sijil perkahwinan di negara jiran tidak diiktiraf lagi. Suami yang berkemampuan untuk kahwin lebih seorang diwajibkan minta izin daripada isteri pertama terlebih dahulu. Tanpa keizinan isteri tua, cawangan baru tak boleh dibuka. Ini baik untuk kaum wanita. Malah sudah lama NGO wanita memperjuangkan hak cawangan baru suami.

Kahwin lari memang senang tetapi untuk menjalani kehidupan selaku pasangan kahwin lari bukan mudah. Banyak cabarannya. Semuanya terpulang kepada jenis halangan tersebut. Malah banyak pasangan kahwin lari yang terpaksa bercerai selepas beberapa bulan hidup bersama. Hari-hari ibu bapa datang buat kacau. Hari-hari isteri tua datang buat onar. Sijil nikah di negara jiran hanya sah disisi agama tetapi 'tidak sah' di sisi ibu bapa yang menentang perkahwinan itu atau isteri tua yang suaminya kahwin muda.

Malah terdapat ibu bapa yang tersangat keras hati. Apatah lagi yang melibatkan pasangan yang berlainan agama, kaum atau keturunan. Ibu bapa jenis 'perkauman' walaupun telah mendapat cucu, mereka masih tidak merestuinya. Pasangan yang dipulaukan oleh ibu bapa amat menyedihkan. Di manakah kebahagiaannya apabila rumah tangga tidak dipedulikan orang tua sendiri?

Tetapi muda-mudi apabila dilamun cinta, mereka selalu membelakangkan kehendak orang tua. kehendak sendiri menjadi raja. Nasihat ibu bapa bapa bagai mencurah air ke daun keladi. Zaman sekarang hak ibu bapa ke atas anak seolah-olah hilang apabila anak akan berkahwin kerana nasihat ibu bapa tidak diendahkan lagi. Dahulu ibu bapa ada hak memilih dan menentukan bakal suami atau isteri untuk anaknya tetapi sekarang ditentukan oleh anak itu sendiri. Anak yang kahwin dengan calon pilihan ibu bapa dipandang ketinggalan zaman.

Malah yang lebih teruk lagi ada pasangan yang 'mencuba dahulu' hidup berumah tangga, kononnya untuk saling mengenali sebelum bernikah. Pasangan yang 'mencuba dahulu' banyak terdapat di kota-kota besar seperti di Kuala Lumpur. Yang sedihnya ada yang tinggal bersama sehingga tiga empat tahun tetapi akhirnya berpisah. Jadi, terpaksalah melakukan proses 'saling mengenali' dengan pasangan lain pula. Berapa dozen pasangan yang ditukar ganti sebelum dapat ke jinjang pelamin yang sebenar. Dunia oh dunia.

Halangan cinta ada 1001 jenis. Halangan kerana agama, kaum, keturunan, adat, budaya, taraf hidup, taraf pendidikan, harta benda dan sebagainya. Dalam banyak halangan, halangan berkaitan agama paling sukar mencari jalan keluar kerana Malaysia tidak membenarkan perkahwinan campur antara agama sebagaimana jiran kita Indonesia, Singapura, Thailand mahupun Filipina. Pasangan mesti sanggup berkorban. Bagaimana kalau pasangan tetap berkeras untuk kekal dengan agama asal tetapi dalam masa yang sama mahu juga menikah? Ini persoalan yang rumit.

Persoalan CINTA bukan persoalan mudah kerana cinta merupakan perkara yang amat rumit. Perasaan orang yang dilanda cinta juga menjadi rumit. Kerana kerumitan yang tidak diketemukan jalan keluar, terdapat pasangan yang mengambil keputusan membunuh diri dengan minum racun, gantung diri, atau lompat dari bangunan mahupun jambatan. Jambatan Pulau Pinang telah banyak menjadi saksi pengorbanan cinta.

Terdapat juga pasangan yang meleraikan kerumitan dengan 'tinggal bersama' tanpa mempedulikan halangan. Sampai bila akan menjadi 'suami isteri' yang tidak sah di sisi undang-undang? Bagaimana kalau dikurniakan anak? Persoalah ini juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Sekarang pasangan 'suami -isteri' berlainan agama semakin banyak di Kuala Lumpur. Kerana cinta terhalang dan masing-masing tidak mahu berkorban, mereka memilih jalan liberal yang menyalahi norma masyarakat.

Mereka bahagia? Ya, aku lihat mereka bahagia dan tidak apa apa-apa yang meributkan kehidupan mereka. Aku kata begitu kerana aku kenal dua pasangan yang memilih kehidupan begini. Bagaimana dengan dosa-dosa? Aku bukan ahli agama. Biarlah pakar agama yang berikan komen. Lagipun soal dosa adalah soal manusia dengan Tuhannya.

Kesimpulannya, ibu bapa seharusnya lebih terbuka dan tidak terlalu menekan anak-anak dalam soal menentukan jodoh. Masyarakat juga harus lebih matang dan bijak. Sekarang zaman orang meneroka angkasa, pemikiran kolot tentang kaum, agama, dan budaya mesti disingkirkan. Dalam konteks bangsa Malaysia, rakyat Malaysia seharusnya digalakkan untuk berkahwin campur melintasi sempadan kaum dan budaya.

8 comments:

Anonymous said...

haha Cinta itu buta...cinta membutakan segalanya...secara peribadi saya tidak bersetuju dengan mengalakkan kawin campur jika kawin campur tersebut terpaksa si suami pegang agama lain dan siisteri pegang agama lain...anak nak ikut siapa itu masalahnya...tapi kalau kawin campur yang dimaksudkan adalah hanya melibatkan bangsa dan agama yang dipegang agama hanya satu bermakna salah seorang kena berkorban adalah lebih baik...seandainya salah seorg tidak mahu berkorban perpisahan adalah jalan terbaik....berfikir secara matang dan bertindak mengikut lunas2 agama dimana kita dididik nescaya keputusan yang diambil tak akan pernah dikesali...

Anonymous said...

incek telah ditag oleh aku...

Anonymous said...

haha byk takde paedahnyekawin lari,nanti anak2 yang merana....

Prasert Chaipradit said...

Cinta itu buta, betul ke? Dalam konteks masyarakat Malaysia, kahwin campur berlainan agama memang menimbulkan masalah. Masyarakat kita mempunyai toleransi yang rendah tentang agama.

Terima kasih kerana tag aku!

Tidak ada siapa suka kahwin lari, tapi keadaan yang memaksa. kalau boleh elak, elakkanlah, tapi kalau tak boleh, apa macam? Lari, larilah. Tapi sebenarnya kahwin lari cuma dapat selesaikan masalah sementara sahaja. Masalah lain pasti menyusul. Tapi cinta selalu membikin orang hilang waras.

RY said...

cinta pada tuhan segala2nya...

hmm...

Atiey MN said...

oohh..kawin lari...
kalu leh..usahakan dgn cara yg lebih baik..xmo lari2...

Prasert Chaipradit said...

Atlet Olimpik pun tak kahwin lari, inikan pula orang biasa. Usahakan cara lain. Atau cinta saja kepada Tuhan, tak perlu lari-lari!

elmyda said...

As'kum,

Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.

Terima Kasih.