Wednesday, September 30, 2009

Bungaku Yang Sekuntum Itu

Di mana ada bunga, di situ ada kumbang. Bunga dan kumbang sukar dipisahkan. Perawan muda ibarat sekuntum bunga yang harum mewangi yang senantiasa di kelilingi sang kumbang. Kumbang hanya menghisap madu kerana ia tidak tahu akan keindahan bunga. Setelah habis madu dinikmati, maka larilah kumbang ke kuntum baru.

Pasangan yang bercinta tentulah akan berasa tidak sempurna percintaan mereka seandainya terpisah daripada bunga. Si jejaka pastinya akan menghadiahi kekasihnya sekuntum atau sejambak bunga. Si dara pula tentulah berasa dihargai apabila dihadiahi bunga oleh orang yang dicintainya. Si dara dengan bangga sekali mencium bunga, dan sebagai balasannya si jejaka dengan lembut mencium ... mencium apa ya?

Aku bukan kumbang. Aku jua tidak bercinta. Akan tetapi aku suka menikmati keindahan bunga. Ketika kebosanan dan keseorangan aku akan mencari tempat yang ada bunga. Aku mencari kecantikan, keindahan dan kelembutan di celah-celah kelopak bunga yang mewangi. Dan dari celah-celah kelopak yang indah itu, aku dapat merasai ketenangan, kelapangan dan kesegaran jiwa.


Itulah seorang aku yang engkau tidak akan mengerti,

jauh sekali memahami detik hatiku,

sebagaimana aku mengerti engkau,

biar seribu tahun,

tidak mungkin engkau mengerti,

jauh sekali menyelami sanubariku,

sebagaimana aku menyelami kelopakmu,

kerana engkau adalah bungaku,

bungaku yang sekuntum itu,

layu di tangkai berduri.




















8 comments:

imHepPie said...

aku bunga plastik...

annie said...

mat bunga gak saudara ya...hahaha...jgn marah, gurau

Prasert Chaipradit said...

(imHepPie) Bunga plastik lagi bagus, tak layu.

(anniecute) Masa kanak-kanak dulu suka tanam bunga.

annie said...

Sekarang dah tak minat lagi yea?? Minat ambik gmbar bunga je

Prasert Chaipradit said...

Bukan tak minat, tak ada masa nak jaga. Pergi tengok bunga orang lagi senang, tak perlu membaja dan menyiram. Bunga dimakan ulat pun kita tak sakit hati, bukan bunga kita kah, kah, kah!

Kakcik Seroja said...

huhuhu.. tak pernah menerima kuntuman bunga dari sesiapa pun! :(

dan..sesungguhnya.. aku pun bukanlah pencinta bunga! :)

al-lavendari said...

kiasan ni orang yg tulis je yang faham. saya suka tengok orang siram bunga. tapi saya tak makan bunga!

School Of Tots said...

Bunga bukan sekuntum tapi berkuntum-kuntum. Namun ia layu jua di makan usia. Kalau kecantekan bunga yang dijadikan taruhan maka kelopaknya gugur jua. Kalau kewangiannya jadi idaman maka ia hilang jua di angin lalu. So how?