Tuesday, September 22, 2009

The Daffodils

Aku memang suka kepada puisi. Puisi pertama yang membarakan minatku ialah puisi Di Makam Bonda. Puisi Usman Awang selalu mendapat tempat di hatiku. Aku juga suka mendengar orang mendeklamasi puisi. Rendra bagiku sukar dicari ganti dalam hal mendeklamasi puisi.

Salah sebuah puisi yang tidak dapat kulupakan (tidak mungkin dapat kulupakannya) ialah puisi 'The Daffodils' karangan Wordworth. Aku tidak tahu kenapa aku suka puisi ini. Puisi ini ditulis ketika Wordworth mengamati keindahan pemandangan di tepi tasik England yang dipenuhi bunga daffodil. Walaupun aku tidak dapat membayangkan keindahan tasik tersebut, namun aku dapat merasai harum daffodils. Bunga itu bagaikan tersemat di hatiku sepanjang waktu. Begitulah mendalamnya pengaruh puisi Wordworth terhadapku.


Di sini aku turunkan sebahagian puisi tersebut:



Hidupku kembara keseorangan bagaikan awan


Yang mengapung mengatasi lurah dan bukit,


Apabila tiba-tiba ku melihat,


Sejambak daffodils yang indah;


Bersebelahan tasik, bernaungkan pepohon,


Berkibar dan berdansa mengikut angin.


Bagaikan kilauan di depan mata


Anugerah keriangan hidup kesendirian;


Melipurkan hati yang lara,


Lalu berdansa bersama daffodil.


- (Wordsworth)

Andainya kehidupan ini umpama teater, ingin aku tulis kembali ceritanya agar dapat aku bersama Wordsworth menikmati keindahan daffodils.



11 comments:

Wanita Itu said...

puitis :)

kakcikseroja said...

Amat mendamaikan bila membaca puisi yang dipenuhi kata2 puitis dan mempunyai makna tersirat...

Pok Li said...

Luahan melalui puisi. Bab tu saya tak pandai

al-lavendari said...

puisi menjadi santapan rohani. seperti jasmani, rohani juga ada haknya.

Dokmai said...

Dulu puja mawar merah, sekarang puja bunga daffodil...hem :). Aku pula puja Lo Mo So dengan Desbil yang dah lama menghilang.

Prasert E.C. said...

Mawar merah bunga pujaan, daffodil bunga kenangan. Aku pun rindu juga dengan dua sahabat tu.

anniecute said...

Salam..zaman sekolah dulu saya juga peminat puisi dan sastera dan setiap kali tangan memegang pena, mulalah kepala saya dihujani idea yg mencurah2 sampai saya menjadi tempat rujukan kawan2 yg memerlukan puisi utk dibingkiskan kepada insan tersayang mereka. Tapi sekarang, saya masih lagi meminati tetapi idea saya bagaikan kering dan saya akui kesilapan saya tidak terus menggilap bakat yg ada.... rugi rasanya..

Cik Amy Sensei said...

salam ziarah di hari isnin..

Cik Amy Sensei said...

terima kasih singgah blog saya..

School Of Tots said...
This comment has been removed by the author.
School Of Tots said...

Saya pun minat gak puisi dan sajak ni namun bahasa saya tak begitu tajam dan dalam, hanya satu atau dua layer je.

Ramadhan Berlalu Sudah
Syawal Menjadi Penyambung
Istiqamah Dalam Ibadah
Redha Illahi Hingga Penghujung.

note: TQ for being my follower.