Kali ini aku hadirkan selingan kepada mereka yang bercita-cita mahu jadi jurugambar. Kerjaya sebagai jurugambar bukan mudah. seseorang itu harus mempunyai keberanian sekiranya dia bercita-cita menjadi jurugambar yang profesional. Dia mesti berani, dan tidak malu untuk mengambil gambar yang "berkualiti" dan "ada nilai" komersial. Kerjaya sebagai jurugambar walaupun mencabar tetapi seronok.
Memilih gambar yang berkualiti dan ada nilai kmersial tidak sukar bagi seorang profesional. Tetapi bagi jurugambar amatur perkara ini bukan mudah. Ramai orang yang tahu akan keindahan alam semulajadi, tetapi ramai yang tidak berapa kenal keindahan yang ada pada seorang manusia. Namun jurugambar profesional pakar dalam memperkenalkan keindahan tersembunyi pada individu untuk dijadikan tatapan umum.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda berminat dan berani mengambil gambar dalam posisi menarik begini?
Mungkin ada antara kita tidak berminat jadi jurugambar profesional, tetapi pernah bertindak menjadi jurugambar sukarela atas kehendak hati sendiri - iaitu mengambil gambar seorang gadis yang kita minat. Wah, betapa sukarnya apabila tiba-tiba kita diketemukan dengan seorang gadia yang cantik, menawan dan sopan sehingga menjadikan hati kita berdebar-debar untuk memilikinya. Apakah yang perlu kita lakukan? Pastilah teringin sekali berkenalan dengan dia.
Berkenalan sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak disertai dengan sesuatu yang dapat dijadikan kenangan. Zaman saya muda remaja dahulu, potret menjadi idaman hati bagi setiap pasangan yang berkenalan atau bercinta. Sekarang, potret masih laku dan kitalah yang bakal menjadi jurugambarnya kerana telefon bimbit jenis ada kamera bisa merealisasikan kehendak kita.
Namun, gambar bisa juga membawa onar seandainya disalahgunakan. Oleh itu, pastikan posisi yang sesuai, iaitu tidak terlalu "berani" sehingga membenarkan kamera bergerak bebas menangkap setiap bahagian tubuh kita. Tubuh manusia, terutama tubuh wanita umpama sebuah istana besar yang terdapat taman-taman larangan yang hanya orang tertentu sahaja dibenarkan memasukinya.
"Rahsia tubuh" adalah nilai diri yang harus dipelihara agar tidak menjadi tatapan umum.
4 comments:
kena guna kamera besar baru jelas skit tu....
:D
Naluri manusia terutamanya lelaki memang suka untuk menyelongkar taman2 larangan seorang wanita. Entah lah kadang2 Desbil tertanya2 bagaimana perasaan seorang lelaki dan apa keseronokan yang mereka perolehi dari perbuatan ini. Tak ader kerja lain ker :[...kenapa tak ambil saja gambar pemandangan indah agar fikiran lebih tenang ambil gambar hutan simpan menghijau semulajadi ker ...ni dok ambil gambar hutan belukar yang gelap gelita;( tak kah itu menjadikan diri sendiri tak keruan dan tak selesa...tengok benda lain dapat benda lain...sama tapi tak serupa..:/...Desbil pernah nampak seorang suami mengambil gambar kawasan larangan ketika isterinya melahirkan bayi2 mereka,bila desbil nak tengok dia kata photo tu "for my eyes only" :).
Macam-macam
Post a Comment