Kong Hee Fatt Choy, Ann!!!!
Kekadang hidup ini terasa begitu bosan. Semalam aku memandu ke PD untuk menikmati angin pantai seorang diri. Bukan apa, hanya untuk menghilangkan bosan. KL terlalu sempit dan terkurung di dalamnya sepanjang hari, minggu, bulan amat merimaskan. Sekali-sekali mesti keluar dari KL walaupun terpaksa berebut masa dengan kerja.
Wah, PD begitu pantas berubah! Lima tahun aku tak datang, banyak benda yang aku saksikan telah berubah. Hampir tiada apa lagi yang boleh jadi saksi bahawa aku pernah datang ke sini. Cuma satu benda yang masih kekal - air lautnya yang masin dan kotor. Biasalah. Perubahan adalah lumrah kejadian alam. alam tak akan kaku dan beku. Saban waktu alam bertarung dengan dirinya yang sentiasa berubah.
Manusia pun sama. Sentiasa merintih kepada perubahan. Sejak azali manusia tidak pernah abadi dalam kejadiannya yang indah. Perubahan kekadang menyakitkan. Kebosanan adalah sebahagian daripada perubahan. Beberapa hari alu aku begitu ceria. Semalam tiba-tiba terasa kebosanan. Perubahan datang menghinggap ke sanubari aku. Kebosanan tanpa punca. Pastilah bohong sekiranya sesuatu itu berlaku tanpa puncanya.
Aku kebosanan kerana ada puncanya. Namun, biarlah menjadi rahsia aku seorang sahaja. Aku belum bersedia untuk berkongsi. Bukan semua kehidupan kita dapat dikongsi dengan orang lain. Ada sudut yang menjadi rahsia. Itulah harga seorang aku!
Pantai berpasir dan bayu laut bukan destinasi terbaik untuk mengubati kebosanan seorang yang bernama aku. ENGKAU adalah pencetus bosan. Selamat tinggal!
4 comments:
macam frust yo
Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor..biarkan kesedihan pergi bersama angin dan berikan kegembiraan merentasi kehidupan di hari yang mendatang...selamat tinggal duka...selamat datang bahagia....sabar lah ya..
Tak adalah, Pok Li, saja-saja!
Desbil sudah sihat ke? Semoga ceria selalu!
Dah sihat :D...sebab tu dah boleh blog walk kat kakilima sambil baca cerita...
Post a Comment