Wednesday, March 24, 2010

Antara Cinta Dan Keluarga

Cinta dan keluarga yang mana lebih penting?

Kenapa tiba-tiba saja saya melontarkan soalan ini? Kerana ada orang yang membuang cinta kerana keluarga dan ada juga orang yang membuang keluarga kerana cinta.

Orang yang cintanya sesuci embun, tetapi terhalang oleh keluarga sanggup membuang cinta tersebut biarpun sakit kerana sayangnya kepada keluarga melebihi nilai cintanya. Manakala orang yang mengagungkan cinta pula rela membuang keluarga kerana keagungan cintanya mengatasi keagungan cinta Romeo dan Juliet.

Orang pertama yang membuang cinta kerana keluarga dipandang mulia kerana tidak rela menyakiti hati keluarga yang disayangi. Manakala orang kedua yang membuang keluarga dilabel anak derhaka kerana menukarkan cinta dengan kasig sayang keluarga.

Namun, cinta itu sesuatu yang halus, indah dan sukar difahami. Perikatan keluarga pula sukar diputuskan. Apabila terdesak, tidak kurang yang memilih bersekedudukan tanpa pengetahuan keluarga, kononnya inilah jalan keluar yang paling baik. Aduhai, tiada pilihan lain lagikah? Cinta suci tak patut dilumuri dosa-dosa.

Dan yang paling teruk lagi apabila ada yang memilih untuk terjun sungai, menjerat leher sendiri atau meneguk racun rumpai. Ini bukan jalan keluar, tetapi jalan jahanam. Tetapi apabila terdesak, dunia seperti akan menyerkup bumi, individu akan memilih untuk "tidur" selamanya dengan harapan apabila bangun semula semua masalah telah selesai. Hakikatnya, tidak semudah itu. Masalah umpama bebayang yang akan mengekori kita ke alam mana jua.

Akhir-akhir ini ramai pasangan bercinta yang memilih mana-mana satu daripada 4 jalan di atas walaupun jalan lain masih ada. Jalan lain itu jalan mana? Cari penasihat. Ya. Carilah kaunselor cinta, pakar motivasi, pakar agama atau apa-apa yang dapat membantu keluarkan kita daripada kekusutan cinta. Betapa hebatnya cinta pasti ada kurangnya. Betapa kerasnya keluarga pasti ada lembutnya. Cinta tak boleh bernafas seenaknya tanpa restu keluarga. Keluarga akan sepi tanpa kasih sayang sejati. Kasih sayang sejati pastinya tiada dalam paksaan, termasuk paksaan dalam bercinta.

Cinta suci dan keluarga mesti diupayakan agar tidak terbuang mana-mana satu kerana kedua-duanya amat bernilai.

Cinta kepada pasangan dan kasih sayang keluarga mesti hidup dan subur beriringan. Sekiranya kedua-duanya dipisahkan, manusia tiada banyak pilihan untuk menikmati hidup yang bahagia!

3 comments:

duda gelisah said...

mcm mana plak dlm kes duda nak balik pada janda lama dia krn kesian dan sayang kan anak2 (anak 4 orang umur,4thn, 5 thn, 8 tahn dan 10 thn tinggal bersama janda ) duda dan janda tu mcm bermadu kasih semula..tapi keluarga kedua2 duda dan janda plak bantah... keluarga mana plak yang patut diutamakan...tn bleh tolong nasihat tak..pening kepala

Prasert Chaipradit said...

Saya bukan pakar, camna nak bagi nasihat. Cuma saya nak kata bahawa masa depan anak-anak lebih penting daripada perkara lain dan oleh itu, patut diberi keutamaan. Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang ibu bapa yang mencukupi akan meninggalkan kesan psikologi yang tak baik. Sekiranya Sdr., isteri dan anak-anak bahagia, kedua-dua keluarga Sdr. akan tumpang bahagia.

gadisrunsing said...

saya ade masalah... sy dan pasangan dah bercinta almost 3 years.. kami bercinta jarak jauh... disebabkan kesibukan masa si dia... saya terpaksa ke rumahnya untuk berjumpa (sekaligus berjumpa family nya)... tapi sy tak anggap itu suatu masalah sebab bercinta sememangnya memerlukan pengorbanan... semua berjalan lancar ... pada mulanya saya ingat family dia terima saya... (atas layanan yang baik mereka) tapi luluh hati saya... bila si dia kata family dia tak dapat terima saya atas kenegeriaan saya... (dia memberitahu saya kerana dilemma) kami sangat tertekan dan sedih... namun saya lebih kasihan kan psangan saya yang selama ni memendam kata2 tersebut (selama kami bercinta)... nak jaga perasaan saya...akhirnya si dia berterus terang... saya sangat sayangkan dia dengan family nya... namun konflik bertambah... kerana hubungan kami tidak diketahui oleh keluarga sebelah saya... saya terpaksa merahsiakan hubungan ni kerana keluarga saya amat mementingkan pelajaran... saya tidak ingin mengeruhkan keadaan... saya merahsiakan hubungan saya daripada family saya sehingga saya betul2 bersedia... saya berumur 20 manakala si dia 3 tahun lebih dari saya... apa yang patut kami lakukan??