Saturday, November 7, 2009

Hobi Aku


Ini bukan kedai kasut. Ini sebahagian daripada kasut aku. Semua orang ada hobi tersendiri. Aku juga ada hobi tersendiri. salah satu hobi aku ialah membeli kasut, pakai sekali dua, kemudian sumbat ke dalam rak kasut. Hanya sepasang dua sahaja yang selalu dipakai. Walaupun tidak pakai, tapi aku sayang dan selalu membersih dan mengilatkannya.
Hobi ada yang membazir dan ada yang menguntungkan. Hobi yang menggandakan duit tidak ada pada aku. Semuanya menghabiskan duit. Ada orang suka mengumpulkan barang lama atau barang pelik, kemudian dijual dengan harga mahal. Hobi begini menguntungkan.
Terdapat orang tertentu hobinya suka mengumpul cinta. Kawan aku salah seorang daripadanya. Pantang melihat dahi licin sedikit, mulalah dia mahu mengumpul cinta. Yang peliknya, dia berjaya. Jikalau dihitung, dalam setahun puluhan cinta mampu dikumpulkannya. Aku tidak pasti hobi kawan aku ini menguntungkan atau merugikan.
Mengumpul cinta, kalau tersilap akan bertukar menjadi mengumpul dosa.
Walau apapun, aku hanya suka mengumpul kasut tetapi tidak suka mengumpul benda lain.

2 comments:

annie said...

tak pe, dah banyak2 tu esok2 mana tau boleh bagi duit balik kan, bukak kedai kasut bundle...kalau saya dtg beli boleh bagi special price kat saya kan..hehehe

Kakcik Seroja said...

Selalunya perempuan yang suka buat koleksi kasut.. Tapi, kasut (sandal sebenarnya) yang kakcik pakai sekarang dah setahun lebih belum bertukar.. :(