Sunday, June 28, 2009

Pancung Cinta

Seorang lelaki berkata:

Perempuan sukar difahami,

sukar daripada segala-galanya,

wajah ceria, hati entah hitam atau putih,

semalam mengaku cinta, hari ini lupa.


Seorang wanita berkata:

Lelaki sukar dipercayai,

sukar daripada segala-galanya,

mengaku bujang, padahal suami orang,

mulut manis memperdaya,

pandai bermain kata-kata,

niatnya menghirup madu cinta.


Aku berkata:

Lelaki dan wanita dua kali lima. Cinta kedua-duanya umpama pedang yang sebelahnya tajam dan sebelah lagi tumpul. Terpulang belah mana yang mahu digunakannya. Kalau belah tumpul digunakan, lukanya tidak ada, melainkan lebam kebiru-biruan. Tetapi kalau belah tajam digunakan, maka lukanya merobek ke tulang.

Anda pernah melihat cinta dipancung? Atau anda pernah memancung cinta, atau cinta anda pernah dipancung?

Oh, dahsyat sekali! Dalam keadaan tertentu cinta harus dipancung untuk menyelamatkan nyawa. Nyawa siapa? Nyawa orang yang dicintai atau barangkali nyawa orang yang mencintai. Atau mungkin nyawa kedua-duanya; orang yang mencintai dan dicintai. Tiada siapa yang memancung cinta tanpa sebab.

Adakala cinta dipancung kerana cinta. Cinta kepada suami atau isteri orang misalnya, harus dipancung demi cinta yang lebih murni. Cinta kepada orang yang tidak direstui ibu bapa juga mesti dipancung untuk memelihara cinta orang yang melahirkan dan membesarkan kita. Cinta nafsu juga wajib dipancung untuk meraih cinta suci.

Namun, jangan pula memancung cinta semata-mata kerana terpikat dengan cinta baru. Cinta tiga segi selalu menyebabkan cinta dipancung. Silap pancung, diri sendiri teraniaya. Cinta bermadu seringkali mendorong individu memancung cinta abadi. Cinta bermadu ini biasanya menyembunyikan racun di dalamnya. Sebab itulah ia mudah menyebabkan individu terlena kerana manisnya yang memabukkan.

Oleh itu, apabila anda mahu memancung cinta, berfikirlah beberapa kali agar tidak tersilap pancung. Dan seandainya anda terpaksa memancung cinta - demi kebaikan orang yang dicintai - pancunglah walaupun dengan deraian air mata kerana itu tandanya anda bukan manusia yang mementingkan diri!

11 comments:

Baimai said...

Pancung cinta boleh menyebabkan orang yang dipancung cintanya bertindak diluar kawalan.

Apa pula kata Cik Desbil yang lama membisu dan Tuan Lo Mo So?. Lama tak baca Komen bercanggah dua peminat blog ini.

SIS said...

salam...tertarik pada para terakhir isu ini..apa kata tn jika cinta dipancung untuk selamatkan nyawa kedua2nya...masalahnya siapa pemancungnya..?

Desbil said...

Desbil berkata:

Jangan suka sangat memancung cinta nanti sendiri merana orang lain juga akan merana. Hargailah cinta yang diberikan pada anda kerana sekali cinta itu ditarik balik maka sukar untuk mengembalikannya seperti yang asal.

Memancung cinta tak akan terasa sakit dipancung sebagai mana seorang yang di pancung cintanya. namun suatu hari nanti mungkin kekesalan akan terbit kerana pacungan cinta yang dibuat terhadap yang dipancung cintanya.

Tuan Blogger: Kenapa ni asyik dengan entri cinta saja tak kan kat kaki lima tu orang asyik cerita tentang cinta ajer.;)...BTW bagus juga lah entri ni.he he he

Ya la Baimai Desbil pun rindu gak dengan si Lo Mo So tu..ya lah rindu komennya jangan2 dia tu tengah frust kot sebab dipancung cinta..he he he

sambungan seterusnya.

Lo Mo So berkata:?????????....teruskan wahai sahabat ku...

lo mo so said...

Jejaka sejati tidak akan goyah walaupun cintanya dipancung biar seribu sekali sekalipun.Kemantapan dan keluhuran hati jiwanya nescaya akan memimpin nya menerokai pencarian untuk satu cinta sejati.
(Pengumuman untuk pengetahuan sealam semesta...LO MO SO adalah tergolong dalam spesis jejaka kumpulan ini..jatuh dalam bakul, angkat sendiri.)

TIDAK ADA ISTILAH PANCUNG CINTA,MEMANCUNG CINTA DAN CINTA DIPANCUNG DALAM DUNIA CINTA SEJATI.

SEMEMANGNYA CINTA SEJATI AKAN MEMBAWA ABADI KE AKHIR HAJAT.

BTW Desbil suka ke dengan main-main cinta ni? Maklum sajalah wanita ni memang sensitif tentang cinta.Jiwa mereka cepat tergoyah klu diusik dg kata-kata cinta.Jaga-jaga tu..terkena pancung dek "Si Dia" nanti nangis sorang-la you..!!

Yang Tuan Blogger kita ni saya dah leh agak...memang seorang pemain cinta terhebat dan terbilang orangnya.

Bab pancung, memancung dan di pancung cinta tu mungkin dah perkara biasa bagi empunya diri... betoi tak, Tuan?

Umpama bahan perasa untuk mengenakkan makanan harian..

Maklumlah..anak cucu-cicit keterunan Sang Lagenda...KHUN PEN.!!

Maaf ye Tuan klu ia tak benar ....he..he..he..!

Prasert Chaipradit said...

Salam,

SIS,
Untuk selamatkan kedua-dua nyawa, salah seorangnya mesti sanggup jadi pemancung. Mustahil cinta dipancung oleh dua orang sekaligus.

LO MO SO,
Aku tak pernah pancung cinta sesiapa, walhal cinta sendiri pun tak pernah dipancung. Yang ada cuma layu sendiri.

Desbil said...

Macam mana boleh layu pulak?? tuan Blogger tak rajin siram kot..he he he..;D

Kalau nak jadi Khun Phen mana boleh biarkan cinta layu.Biarkan cinta layu begitu saja serupa PANCUNG CINTA lah juga tu..betul tak? kalau tak betul sila kemukakan hujah..;D

SIS said...

salam tn..saya pernah jadi pemancung cinta sejati untuk menyelamatkan kedua2 nyawa tapi apa yang dirasa seperti memancung diri sendiri...payah sungguh nak hidup semula selepas itu..perlu ketabahan yang bukan sikit..

lo mo so said...

Apa la Des,kau ni..

Cintanya layu bukan kerana dia tak rajin siram air.Tuan Blogger kita dah lipat gandakan siramannya, sampai ke titisan air terakhir..dah nak kering kontang pun.!

Aku jangkakan "CINTANYA DEGIL LAH", betoi tak Tuan?

lo mo so said...

Selamat sejahtera Tuan Blogger,

hai, lama nah menghilang.. pi mana? Tak sihat ke? Sibuk ngan sambutan 100 hari Pak Najip ke?

Mungkin dah balek Kelantan pi kempen PRK Manek Urai tak...

Kasihan pada "CINTA LAYU" sendiri tuh!

Jangan-jangan dah "HABIS CINTA" dah...!!


Berikhtiar cari ilham menyegarkan "CINTA" yer...Tuan. Saya percaya ramai peminat blog Tuan tengah menunggu episod seterusnya.

Salam rindu dan harap Tuan Blogger sihat-sihat selalu..

Baimai said...

Tak nak salam rindu untuk cik profesor tu ker?

lo mo so said...

Tak nak...er..er..nak gak...er..er..tak pa lahh...kan dia dah senantiasa kat dalam ingatan sanubari gue...he..heh..he...

"KAI HEN TIN NGU...NGU HEN NUM KAI"

(Ayam nampak kaki ular..ular nampak tetek ayam)

Apa cam...Khun Baimai...?